Tuesday, April 9

I'm Khalifah of Allah s.w.t

Assalamualaikum ladies and gentlemen.. 


Cik teddy nak bertanya khabar.. ;) *wink*


How are you my fellow readers? Sebutlah Syukur Alhamdulillah tanda kita berterima kasih kepada Allah S.W.T yang telah memberikan / meminjamkan kita nikmat hidup dan nikmat sihat di dunia ini. Salah satu tanggungjawab sebagai Khalifah Allah, kita kena rajin bertanya khabar, tegur menegur dan saling mengingati di antara satu sama lain.. 


5 Pekara Sebelum 5 Pekara

Well, mesti semua orang dah tahu.. 5 pekara sebelum 5 pekara.. Fofular kan lagu nasyid kumpulan Raihan ni.. tapi Cik Wannabe saje nak share sikit.. jom lah.. *Jom baca.. tak ajak pergi mana-mana pung* hehe..

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.

1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat.

2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.

Sebagai Khalifah di bumi Allah Cik Wannabe sekadar mengingati kepada uols-uols di luar sana dan tentunya kepada diri Cik Wannabe sendiri.. Semoga kita sama-sama berubah kearah kebaikan dan beristiqamah..

Cik Wannabe mendoakan semoga uols-uols selamat dan sihat sejahtera dibawah naungan Allah S.W.T..  Moga uols semua juga sentiasa dilimpahi rahmat dan barakah dari Allah S.W.T.

Amin ya Rabb..


Toddles Khalifah!

WithLove,
CikWannabe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...