Tuesday, April 9

Diamond are girl best friend :D

Assalamualikum ladies and gentlemen..


Hi.. hi.. Well uols baca headline pun uols dah tahu apa yang Cik Wannabe nak story-mory untuk post kali ini kan? *anguk sambil menjawab "Yeah" please* 

Okay! thank you sebab anguk.. :D 

Post kali ini Cik Wannabe nak share sedikit ilmu yang tak seberapa yang ada pada Cik Wannabe ni kepada uols yang berminat nak tahu  reka bentuk batu permata yang bersesuaian sesuai dengan uols..

**Siapa yang dah PRO dan khatam pasal soal diamond, anda boleh klik dan pergi ke entry lain.. takut-takut uols bosan dengan entry ini.. atau uols boleh terus membaca entry ini tanpa banyak mengomel.. Terima kasih**


Cik Wannabe nak tanya satu soalan.. boleh? *Angguk dan cakap "Yes boleh" dengan segera*

Okay thank you again.. ;D

Dalam banyak-banyak bentuk rekaan diamond (batu permata berlian okay.. bukan batu nisan tau.. hihi).. uols minat bentuk yang macam mana? Bentuk bulat ke? bentuk petak ke? bentuk tiga segi ke? bentuk lunjung ke? bentuk bujur sekapur sireh ke? bentuk kulit durian ke?? huh!? ada ke bentuk macam tu?? Hihihi..

Bentuk Potongan Berlian


Seperti gambar yang uols-uols lihat diatas, bentuk potongan berlian terdiri dari Round cut, Princess cut, Emerald cut, Asscher cut, Marquise cut, Radiant cut, Oval cut, Pear cut, Heart cut, Cushion cut. Cik Wannabe akan terangkan sedikit bentuk-bentuk potongan berlian itu tadi.. Mari kita lihat, mana yang berkenan di hati uols tu.. ;D

Round cut

Bentuk klasik dan paling popular yang uols selalu lihat dikedai emas dan batu permata adalah berlian Round cut. Terdapat 57 aspek yang  mengeluarkan pancaran besar jika terkena pantulan cahaya dan ianya  akan berkilau dari semua sudut.

Princess cut 

Jika uols-uols sedang mencari untuk gaya yang lebih kontemporari, Princess cut adalah yang paling semuai untuk uols.. Bentuk kedua yang paling popular, kira boleh dikatakan Top 2 famous diantara potongan berlian lain. Princess cut, berlian persegi atau sedikit berbentuk segi empat tepat dengan sudut tajam dari pelbagai aspek, bila berlian ini terkena pantulan cahaya ia akan memantulkan cahaya yang excellent!

Emerald cut

Untuk uols yang mahu kelihatan elegan, Emerald cut berbentuk bujur sangat sesuai dengan uols, garis halus itu menampakan keunikan berlian itu sendiri. Potong segi empat tepat, yang mempunyai jalur yang agak luas dan lebih besar (bahagian atas, permukaan  yang rata) dan ianya kurang dari segi aspek pemotongan.

Asscher cut


Yang menarik tentang Asscher cut ini, ia kelihatan seperti bentuk  batu zamrud persegi, ia membangkitkan reka bentuk pada tahun 1920-an dan '30s. Berlian ini dicipta pada awal abad ke-20, bentuk ini kian fofular di masa sekarang.. matsaleh kata kira tengah interen-lah design ni sekarang..

Marquise cut

Berlian berbentuk Marquise di potongan dengan corak yang halus dan bermata tirus di kedua-dua hujung berlian. Apabila uols memakai berlian ini sebagai cincin di cari uols ia akan kelihatan tirus, panjang dan langsing. Sangat sesuai untuk mereka yang berjari runcing.. Berlian Marguise ni ini sangat berbaloi kerana ia memaksimumkan berat karat, memberikan penampilan berlian yang lebih besar daripada berlian berat karat yang sama.

Radiant cut

Radiant cut adalah agak terhad kepada mereka yang menginginkan reka bentuk yang unik. Potong ini menggabungkan garisan geometri bentuk zamrud dengan potong bulat dan ia akan menghasilkan pancaran cahaya yang sempurna.

Oval cut 



Berlian berbentuk Oval sangat sesuai kepada mereka yang suka gaya klasik. Ianya sama seperti Round cut diamond tetapi ia kelihatan lebih bujur.. Bentuk panjang menambah satu twist yang menarik untuk menyerlahkan jari pemakai kelihatan langsing. Awww! Slim gituw..

Pear cut

Berlian berbentuk Pearcut ini menyerupai titisan air mata berkilauan yang lembut, hujung bulat satu bentuk Oval dengan tajam, titik tirus daripada Marquise cut. Pilihan yang menarik untuk personaliti yang suka kan kepelbagaian didalam berfashion.


Heart cut

Berlian mewah berbentuk Heart-cut adalah untuk wanita yang berkarisma tinggi . Walaupun kadang-kadang ianya dipilih untuk cincin pertunangan, ia juga sesuai dan cantik untuk dijadikan loket rantai dalam warna-warna mewah seperti kuning, merah jambu atau merah. Awww! so hot! :D

Cushion cut

Seperti berlian Asscher cut, berlian Cushion-cut makin popular dalam tempoh satu abad ini. Dengan permukaan yang lembut dan romantis, Cushion-cut (atau dalam bahasa melayu-nya Cik Wannabe panggil "bantal-cut" hehehe) mempunyai sudut bulat dan aspek yang lebih besar untuk meningkatkan pantulan cahaya batu permata.



Mari-mari pilih bentuk dan rekaan mana yang berkenaan dihati uols-uols semua.. 


Pss..pss.. dah jumpa mana Diamond yang berkenan dihati uols??

Untuk Cik Wannabe sendiri, Cik Wannabe sudah lama jatuh cinta, pada berlian berbentuk princess cut.. Awww.. sometimes ada jugak verangan-angan nak cincin princess cut sebagai wedding ring nanti.. *day dream* hihihi.. tapi ya ampun... Mahal dik nun.. takpa-takpa Cik Wannabe akan tetap visualize jugak! Manalah tahu bakal suami akan beri cincin princess cut ni sebagai wedding ring iols nanti! ohh happy-nya.. Aminnnn :D


Shine like a diamond!
bak kata Rihanna


Toddles Diamond lover!


WithLove,
CikWannabe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...