Assalamualaikum ladies and gentlemen..
Pada suatu hari yang aman damai semasa Cik Wannabe sedang ralet (khusyuk) membaca surat khabar **Cheyyyh! Baca surat khabar uols! Klass kau jah!** Cik Wannabe ternampak satu ruangan di akhbar ni.. (tak ingat surat khabar apa).. Dia ada promosikan buku khas untuk kaum wanita.. Apa!!!?? Chop! Buku?? Do u mean Book??! Cik Wannabe dan BUKU???! BUKU dan Cik Wannabe???! Errrrrrr~ hehehe.. Al-maklumlah, untuk pengetahuan uols.. Cik Wannabe dan buku ni susah nak get along together orang kata, kalau nak get along pun buku text sekolah dolu-dolu ja.. hihihihihi *kidding* :D
xxxxx
Berselang 2 - 3 hari selepas baca surat khabar itu, tiba-tiba tangan ni dok gatal nak tukar DP (Display Picture) di BBM yang lama tak tukar and update.. Mula-mula nak pilih gambar syok sendiri **Gambar Cik Wannabe pose sorang-sorang leww** selepas scroll, scroll dan scroll lagi then Cik Wannabe ternampak satu gambar ni..
Gambar dari phone BB Cik Wannabe
|
*Yeee Cik Wannabe masih pengguna BlackBerry lagi -.-" hmm.. Takda rezeki nak tukaq phone baru.. tapi takpa, phone BB ni pung masih boleh call in and out, text and excess internet.. Alhamdulillah, syukur :)*
Ok.. ok.. get back to the story.. lepaih ja Cik Wannabe tukar DP diatas itu tadi.. Cik Wannabe buh la kat status BBM cakap macam ni kot kalau tak silap.. "I Want this book.. pretty please" lagu tu kot Cik Wannabe type time tu (ingat-ingat lupa).. *Status gedik nak mampuihkan, speaking uols!, makan penamtampaq satgi Cik Wannabe dengan readers nanti* hihihihi :D
So, nak dipendekan cerita, selang 1 - 2 hari, Chenta hati yang baru pulang dari outstation (Mr Love) mengajak Cik Wannabe untuk breakfast bersama-sama di gerai berdekatan di area office Cik Wannabe bekerja **Al-maklum laa hari weekdays, Gatai pungkokkan nak jumpa time weekday macam takda hari minggu lain** Tapi memang takda pun hari minggu lain, sebab Mr Love selalu pi outstation 4 - 5 hari dalam seminggu ;( .. Masa ontheway pulang ke office, tiba-tiba ada surprise!!!..
Jeng.. jeng.. jeng....!
Taaa-daaaaaaar~...
Mr Love hadiahkan pada Cik Wannabe buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita yang dikarang oleh saudari Putri Maisarah Tamar..
Si dia (Mr Love) memang suka membaca buku malah dia menjadikan amalan membaca buku ini sebagai salah satu hobby-nya.. *Dalam erti kata yang lain, dia nak suh Cik Wannabe Copy and Paste hobby dia laaa..* (Tak kuasa mak jah!) Hek..hek..hek :D :D :D
Terharu Cik Wannabe dapat hadiah yang tak dijangka ini.. *euww gedik sangat uols*
Alhamdulillah, tajuk dan isi kandungan buku ini akan memperlihatkan indahnya layanan Islam kepada wanita. Betapa beruntungnya menjadi wanita Islam dan kaum wanita perlu berbangga dengannya..
Di antara wasiat Rasulullah S.A.W adalah:
Abu Musa al-Asy'ri r.a. melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
"Sesiapa sahaja lelaki yang mempunyai seorang anak perempuan, lalu memberikannya pendidikan dengan sebaik-baiknya, mengajarkan sifat terpuji dengan sebaik-baiknya, lalu menikahkannya, dia memperoleh dua pahala."
(Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Pesanan (Hadis) 12: Hukum Memakai Wangian ke Masjid
Zainab r.a melaporkan yang Rasulullah S.A.W bersabda;
"Apabila kamu (kaum wanita) hendak pergi ke masjid, janganlah memakai wangi-wangian."
(Hadis ini direkodkan oleh Muslim)
Pesanan (Hadis) 32: Bagaimana cara wanita berhias
'Imran bin al-Husain melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;
"Ketahuilah, pewangi bagi lelaki adalah yang tidak berwarna tetapi bau wanginya kuat. Ketahuilah, pewangi bagi wanita adalah yang berwarna tetapi bau wanginya lembut."
(Hadis ini direkodkan oleh Abu Dawud)
Buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita ini berharga RM17.00 semenanjung manakala Sabah/Sarawak RM19.00 ia mengandungi 100 tajuk / wasiat Nabi Muhammad S.A.W dan 168 muka surat.
Taklah tebal manakan, tapi Cik Wannabe mengambil masa 5 hari untuk menghabiskan satu buku ini.. Kalau uols yang baca maybe tak sampai sehari pun dah boleh habis kot.. biasalah, kesibukan harian yang tak dapat dielakan membuat Cik Wannabe tak dapat nak khatam buku ini degan segera..
**eleh alasan, tak suka baca buku lewtew** hihihi.. kidding!
Selang beberapa hari, selepas Cik Wannabe selesai membaca buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita.. dengan baik hatinya Mr Love menghadiahkan lagi DUA buku ilmiah untuk Cik Wannabe membaca.. hmmmm -,-"
LOL!
Kidding! Alhamdulillah, Cik Wannabe sangat menghargai pemberian dari Mr Love.. Pasti semua pun sedia tahu harta yang takan luput dari dunia dan akhirat adalah Ilmu yang berguna.. Syukur Alhamdulillah untuk 111Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita Soleha dan Haram Dalam Budaya Hidup.. InsyaAllah, jika Cik Wannabe sudah khatam kedua-dua buku tersebut Cik Wannabe akan bagi review sikit tentang buku ini..
Cik Wannabe sudahi post ini degan secebis wasiat atau hadis dari Rasulullah S.A.W,
Hadis yang dibincangkan di atas telah dituturkan oleh Baginda s.a.w. dalam redaksi yang agak panjang dan saling memerlukan antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)
"Membaca adalah amalan mulia"
Toddles book wormer!
WithLove,
Cik Wannabe
No comments:
Post a Comment