Sunday, March 31

KidZania Kuala Lumpur Awesome!!! :D

Assalamualaikum ladies and gentelmen..

Pada hari Jummat lepas 29 Mac, Cik Wannabe and MR Love bawa the kids pergi ke taman tema terkemuka di KL iaitu KidZania Kuala Lumpur yang berada di Mutiara Damansara bersebelahan pusat membeli belah Ikano Power Center atau lebih dikenali sebagai IKEA.. Al-maklum laa.. sekarangkan tengah musim cuti sekolah.. cuti seminggu tu babe.. Jadi tanpa mensia-siakan cuti sekolah yang ada ni, apa salahnya spend time with the kiddos pulakkan, depa pun asyik stress dengan sekolah, exam and homework.. so trip ke KidZania ini adalah sebagai reward.. Yayy!

**Ehem.. ehem.. **
PEMBERITAHUAN:
"Kids" tu adalah my lil bro and 
Mr Love punya anak buah okayy, 
jangan buat bahan gossip na :P


(Gambar dari luar bangunan KidZania)

Okay.. let's Cik Wannabe story-mory kat uols sikit apa yang ada di KidZania tu.. Manalah tahu uols nak bawak anak, adik, cousin, anak buah perempuan, anak buah lelaki or siapa-siapa yang berusia 4 tahun keatas hingga ke 17 tahun.. Orang dewasa macam iols and uols ni hanya boleh awasi and jaga mereka sahaja.. jangan nak join main game sekali dengan the kiddos pulak.. hehehe

Harga ticket ke KidZania Kuala Lumpur.

Price / Harga Pada Hari Biasa:

Children (Kanak-kanak) : 4 - 17 years RM 60.00 one person.

Adult (Dewasa) :18 - 59 years RM 35.00 one person.

Price / Harga Cuti Sekolah: (waktu cuti sekolah berlainan dari hari biasa, kebiasaannya lebih murah)

*Harga ticket kemasukan KidZania masa cuti sekolah Cik Wannabe tak tau , itu MR Love yang handlekan* 
*sengih kambing* :D :D :D ;D Wekk..

Opening hour : 10.00am - 05.00pm setiap hari kecuali SABTU.

Untuk hari Sabtu sahaja, KidZania mengadakan dua session. 

Morning Session: 10.00am - 03.00pm

Evening Session: 04.00pm - 09.00pm (Price / Harga ticket tetap sama pada hari sabtu) 

Jika uols nak beli ticket secara online, boleh purchase di sini.. https://www.kidzania.com.my/ticketing/

Untuk maklumat lanjut boleh layari web KidZania di http://www.kidzania.com.my/


Kaunter tiket di Kidzania Kuala Lumpur. Macam dekat lapangan terbanglah pulak.

Kami sampai di lobby KidZania dalam pukul 1.30 ptg *Kami pergi evening session*.. the kiddos sangat teruja bila masuk ke dalam bangunan KidZania, manakan tak counter ticket di KidZania seakan-akan LCCT airport, klasss kau jah! So kami terus que / beratoq untuk dapatkan pengesahan ticket yang sudah dibeli awal lagi dengan membelinya secara online.. Tapi apa yang Cik Wannabe pasti dan tahu, waktu cuti sekolah ticket KidZania akan ada less / discount laa.. so berbaloi maa. Kalau uols dapat tengok gambar rajah diatas tu, dekat tangan depa tu semua ada jam tangan merah dan hitam, sekali tengok macam jam Ben10 tapi color merah, hehehe, tapi itu sebenarnya Tag Kidzania untuk memasuki dunia KidZania.


Pekara yang pertama sekali sesudah sampai ke dunia KidZania semua kidzanian perlu mendapatkan duit modal untuk mereka menerokai Bandar Kidzania. Mata wang dalam bandar ini ialah Kidzos. Mereka akan diberi cek bernilai 50 Kidzos. Bank ini boleh dibuat akaun simpanan dan siap boleh buat ATM kad lagi. Simpanan wang perlu 50 kidzos ke atas dan ia boleh dikeluarkan apabila kita datang lagi ke sini.


Jangan lupa untuk dapatkan peta Bandar Kidzania ini supaya kita tahu tempat-tempat yang boleh kita bekerja dan memperoleh duit dan tempat yang kita boleh belanja untuk memperoleh barang atau makanan. Peta boleh diperoleh di Pusat Maklumat Kidzania di sebelah kanan pintu masuk utama ke bandar ini.



Nasihat Cik Wannabe untuk uols nanti, bila selesai the KidZanian cash out kan duit mereka di bank, pergialah study selok belok Map di KidZania. Cuci-cuci mata atau survey tempat permaianan, tempat makan, surau, tandas dan sebagainya.. dengan ini ia akan memudahkan urusan menjaga mereka.


Now the fav part is! Let's picture do the talk..
* virus M datang letuww :D *



Kerja atau permainan yang paling popular sekali di KidZania ialah menjadi Fire Man..
The kids sanggup que untuk satu jam semata-mata ingin menjadi Fire Man.
Duration game: 20 minutes only!!!!









Mereka boleh bekerja sebagai post man juga.. 


Mereka juga boleh menjadi Dokter gigi.. mereka diberi tunjuk ajar cara – cara menggosok gigi dengan betul dan merawat pesakit.. So cute! tengok diaorag pakai baju docter.. hihihihi






Siapa berminat nak jadi Dj radio dan pembaca berita tapi tak kesampaian, datang lah ke KidZania.. hehehe



The kiddos berpeluang untuk menjadi pilot! ada feel - feel Adam Mukhriz tak? dalam cerita Adam & Hawa.. hehe *Melebih pulak kiteww* hehehe



Tepat pukul 9 mlm.. Taman tema KidZania didendangkan dengan lagu tema dan tarian khas yang dipersembahkan oleh pekerja-pekerja di KidZania menandakan penutupan taman tema.

****


Kami sudahi hari yang menyeronokan itu dengan makan malam di TGIF The Curve..
Selepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati.. MR Love menhantar Cik Wannabe and  lil bro pulang..

* Maybe kalau Cik Wannabe Rajin, kalau rajin lah.. Cik Wannabe akan update lagi post ini, tapi tak janji ek :p hihihi *


Toddles kiddos!


WithLove,
CikWannabe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...