Saturday, October 26

"Tak puas hati? Lantak hang! Ini wedding aku, Cara aku.. Its MY WAY!" Kata si pengantin itu.

Assalamualaikum ladies & gentleman..

Salam uols.. phew! phew! phew!.. *aihh belum apa2 lagi dah mengeluh* hehe.. Dok aihh.. mengeluh bukan pasaipa pun.. kami la ni dok fening fening lalat lah.. Sekarang busy prepare persiapan ehem.. ehem..




Wedding iols laaaaaaaaaa!!!!! kikiki.. 

*excited lebih nohh* biasala.. sekali seumur hidup ja dapat rasa busy nak siapkan preparation wedding ni.. dah la takda pengalamankan, iols banyak mintak pendapat dari mama, aunty2 dan cousin2 yang dah berkahwin, alhamdulillah.. thank you noh.. lap u foreva! :* (cium)

Semua kena workout dengan budget yang telah diberikan dari sugar daddy dan toukey besaq.. (Pak cheq laa.. sapa lagi) jangan dok connar connar nohh..

 Pening cheq aihh.. barang semua pelan mahai mahai laa ni.. kalau la kawin ni sesenang main kawin pondok2 mcm tecik2 (kecik) dolu, senang la hidup.. tiara atas kepala pun diperbuat dari daun dan ranting2 kayu.. baju pun ikot dann laa.. pakai laa skrit ala ala kembang sikit kan.. dah jd princess.. lepaih tu konon2 ada prince nak kawin dgn princess tu.. then happily ever after.. Wah wah syok!

Wake up!!! 

tapi hidup tak semudah itu.. dah pelan besaq ni.. haihhhh.. macam2 kena pikiaq (fikir) Kak Bedah ouiii.. kita besa (biasa) dok tengok artis kawin gempak keluaq TV sini sana.. besa (biasa) la pelamin ada orang sponsor, kalau buat kat stadium sebesaq padang bola sepak.. sebesaq tu la depa nak buat pelamin depa.. baju pon soposor, makeup pun sponsor, door gift pon sponsor.. habis depa cuma keluar modal utk bercinta ja la kan.. rasa2 nak kawin.. terus buat PC (press conference).. BOOOM!!! bergolek-golek macam ayam golek sponsor2 dok tergedik-gedik nak sponsor kaan wedding depa.. tapi nak buat lagu mana, rezeki depa kot.. dengan cara macam tu itu lah para sponser sponser ni nak terkenal dimata dunia dan make profit.. pandai2 mau hidup maaa..


Memang la kita impikan perkahwinan yang vavavommm! meletops!! gempak!! bombastik!! kan kan kan??

 Tapiiiii kita kena la berpijak pada bumi yang nyata.. apa tu, emm peribahasa dolu2 tu? "Ukur baju dibadan sendiri.." haaa! correct! *amboi skiping noh* hehek

Pada yang mampu buat kenduri setaraf artis atau anak orang kaya VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVVVVVVVVVVIP, *berapa banyak Very very daaa!* Datuk, Anak PM ka, Tan Sri, Raja, Kerabat di Raja dan seangkatan dengannya.. dipersilakan laa.. kompem size baju depa besaq! *ops! kami tak cakap depa gemok.. jangan connar connar noh* Dah depa mampu, biaq pi depa nak buat apa.. kan kan kan..

Satu lagi topic hangat! Hangpa hangpa semua yang bakal berkahwin dan nak adakan majlis nikah or sanding ni.. kompem (confirm) uols akan selalu fikir apa pendapat dan sangkaan orang kat wedding uols nantikan? Cik Wannabe kompemmm! korang akan dibelenggu masalah yang korang angap masalah negara ni kan.. Mesti korang akan anggap 

"eh kalau pelamin ni, nnt org fikir aku takda taste.. apa orang kata nanti" 
or
 "takan nak pakai baju sewa, tak kurlasss la mak jemah kat majlis kawin nnt, artis2 n anak2 vvvvvip semua pakai baju dari designer terkemuka malaysia.. tapi mahal sangat satu baju berharga 8k keatas utk pereka fashion Hatatata Dol Dol tu,, mana mampu.. tapi kalau tak guna pereka fashion.. nanti apa orang kata.." 
or 
"Hantaran kalau setakat barang dari uptown lebih baik tak payah cik tunang oii!! Anje nak hantaran Anje dari butik2 mewah.. kalau Cik tunang beli barang dari kedai mahal2 dan ada brand.. mesti orang kata kata, untung bakal isteri dia.. dapat barangan mahal2 belaka.." 

So lagi sekali! Orang yang kataaaaa lagi lah kan.. haih.. kalau dipikirkan, episod nak habiskan apa pendapat dan sangkaan orang terhadap hari bersejarah kita ni takkan ada penghujungnya.. betul kan kan?? jangan tipu!! tipu dosa.. hehe

Macam ni lah.. berpijak di bumi yang nyata sekali lagi ye bakal pengantin semua! (termasuk AKU!) Haha.. Kita ni takan dapat puaskan hati semua orang.. paling terok pun depa akan mengata dan mengumpat pasal majlis kawin kita tak sampai 30 minit ja.. tak percaya? tengok bawah tu....




Waktu majlis berlangsung:

**Kak Peah Propa: eh, pisss..pisss.. eh ko tengok tu..(sambil suap makanan dalam mulut dan bercakap) tak padan langsung pasangan penganti tu kan chot chet chot chet.. pelamin dia ish ish ish.. takda taste... %&#*@&#*@(@& bla bla.. 

Mak Jemah: Haah la Peah Propa.. Tak padan! Kau nak tahu tak Peah!.... &#*&@()*!&# bla bla.. baju pengantin tu macam beli kat uptown je bla bla bla**

Waktu tetamu si polan dan si polan drive or jalan kaki balik pulang ke rumah:

Din berambol: Nasi minyak dan lauk tadi tak sedap mana pun, macam nak basi je, air pun, ade ke bagi air sirap kosong je.. nenek aku masak lagi sodap! menyesal aku pegi wedding si Mamat tadi.. haiih..

Wak samdol: Aku tengok licin je pinggan kau td.. Siap tambah nasi 5 kali kan, tak pulak kau segan tadi.. engkau ni din.. orang dah bagi makan preeeee (free), bersyukur ajo loh.. 

Din berambol:   -________-" hmmm.. syukur..


Depa semua yang soh-seh soh-seh ni  bila balik rumah tukaq baju.. then Zzzzzzz... esok pagi2 terus cari breakfast dan cari bahan gossip terbaru sambil menonton Melodi pada setiap hari ahad di tv??? pandai2 uols la.. haha.. Seriously depa akan terus lupa pasal wedding kita.. HAHA.. Betoii cheq tak bohong..


So kesimpulan story morry membebel Cik Wannabe ni ialah.. kalau nak buat majlis perkahwinan tu biar berpada-pada, tak perlu nak buat wedding sehebat depa tu VVVIP "wedding of the year" "wedding of decade".. kita raikan perkawhwinan kita bersama family dan kawan2.. yang pentig perut depa kenyang dan dapat door gift (teloq satu biji cukup dah).. tu ja yang depa kesah pun.. toksah (tak usah) laa nak fening2 lalat sangat nak fikir perasaan orang terhadap wedding kita nanti.. yang penting.. Kita dan bakal pasangan kita selesa dan happy together and forever.. Orang Penang kata "Lantak pi la depa nak kata apa"

Apa yang penting! jangan membebankan diri kita dan pasangan husband/wife kita nanti.. Jangan berhutang noh semata-mata nak kawhin ni.. Not worth it!! happy untuk 2-3 hari ja.. tapi merana nak bayaq balik loan kat bank bertingkek-tingkek jang! makan tahun.. entah-entah masuk anak ke 5 pun hutang kawin belum habis bayar.. hahaha.. jangan sampai macam tu noh..

Okay lah.. Cik Wannabe tak larat nak membebel lagi.. 



Ini lah gambar pertunangan Cik Wannabe.. Alolo cium bunga.. ingat hang kiut sangat! lepuk satgi baru tau! hahaha..

Akhir kata.. Ukur Baju Di Badan Sendiri.. Tok sah mintak taylor untuk outer baju tu bagi besaq.. sat lagi jenuh nak kecik kan balik.. makan tahun uols!! Islam pun kata 
"Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin & paling murah belanja"
Selamat beramal!
 hehe

Rasulullah bersabda, bermaksud:

 "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya." 



Selamat Pengantin Baru ya uols! Semoga bahtera  yang bakal dibena akan belayar dan menuju ke jannah! InshaAllah.. Amin.

BYE!


Cik Wannabe,
WithLove

Wednesday, October 2

Sharing is Caring.. Spirulina Gaba Drinks..

Hi guys! Nak share something sikit. Dua tiga minggu ni Wana try amik supplement spirulina. Mama yg suggest. Alhamdulillah kesannya sangat ketara. Badan tak letih2 n mengantuk2 dah. Sbb dpt nutrisi seimbang kan. Syukur.. Semuanya dgn izin Allah utk sihatkan kita. 
Some explanation bg siapa yg nak tahu khasiat spirulina. #sharingiscaring

Ps/ terus dimakan begitu sahaja. Tak perlu bancuh2 ayaq bagai. Leceh ja. Laa ni semua benda nak senang dan cepat pat pat ja! Hehehek


                                     


SIRI SPIRULINA GABA DRINK Di Proses Melalui Kaedah Mampatan Yang Dipetenkan Supaya Ia Mendapat Nutrisi Molekular Yang Memberikan Kadar Penyerapan Yang Tinggi Dan Pengekalan Yang Lebih Lama Di Dalam Tubuh Badan. Ia Boleh Mengekalkan Nutrisi Semula Jadi Dan Vitamin Dan Ia Dapat Memberikan Keseimbangan Nutrisi Harian Untuk Sekeluarga.

5 KEISTIMEWAAN 

1. Pemakanan Nutrisi

Spirulina Gaba Drink Mengandungi Pelbagai Nutrisi Untuk Keperluan Tubuh Badan ( Termasuk Vitamin C Semulajadi). 1-2 Pek Spirulina Boleh Memberi Nutrisi Penting Yang Dapat Melengkapkan Pengambilan Makanan Harian Untuk Tubuh Badan Anda.

2. Pemakanan Semulajadi

Spirulina Gaba Drink Semulajadi Yang Mengandungi PHYTOCHEMICALS Menjadikan Minuman Energy Berkualiti Pilihan Terbaik Anda.

3. Pemakanan Alkali

Makanan Yang Berasid Di Pasaran Terus Menjejaskan Kesihatan Anda; Tetapi Spirulina Gaba Drink Akan Membantu Untuk Mengekalkan PH Tubuh Badan Dan Menyeimbangkan Pemakanan Asid Tinggi.

4. Nutrisi Molekular

Spirulina Gaba Drink Di Proses Melalui Kaedah Mampatan Yang Di Patenkan Untuk Menjadi Nutrisi Molekular Dan Kini Ia Boleh Di Hadam Dan Di Serap Dengan Mudah.

5. Selamat Diminum

Spirulina Gaba Drink Adalah Sesuai Untuk Semua Umur, Malah Ia Tidak Memudaratkan Tubuh Badan Manusia. Ia Mempunyai Insuran Produk Liabiliti Bernilai RM 1,000,000 Dan Di Sahkan HALAL!!

( 30 Keping ) #sihat #cantik #makanantambahan #spirulina #drinks #healthy#healthylifestyle Interested? Pm me

Thursday, September 26

Hi!! Nak cergas dan sihat?

Assamualikum ladies and gentlemen..

Cik Wannabe nak share something ni.. Lately ni badan selalu penat2 n tak larat. Sllu mengadu kat mama. Hehe. Mama ada recommendkan supplement ni, Tp I'ols jenis tak suka makan ubat or vitamin+ or apa2 supplement.. Surprisingly supplement spirulina ni tak rasa ubat langsung. Rasa mcm minum ayaq strawberry ja manis pulak tu, dap dap dap. Lepas pekena spirulina Gaba Drink ni alhamdulillah badan cergas n tak sakit2 dah. Thank u mama #spirulina #drinks #minumankesihatan #sedap #thankyoumama #thankyouallah


Siapa-siapa nak try.. boleh whatsapp Cikwannabe ya.. 019 659 1990

Toddles!

Wednesday, April 24

Food Review: Ichiban Boshi @ Sunway Giza.. (Sushi'ng date)

Assalamualaikum ladies and gentleman



Dinner untuk malam ini Cik Wannabe and Mr Love having our early dinner @ Restaurant Ichiban Boshi di Sunway Giza Mall.. Restaurant ini mempunyai empat cawangan, Pertama di Sunway Giza, kedua di Pavilion Shopping Mall, ketiga di Solaris Dutamas dan yang terakhir sekali di Setia City Mall.

Well, ini pertama kali Cik Wannabe try makan di sini.. So far makanan di sini boleh dikatakan sedap jugaklah.. dari 10 bintang.. Cik Wannabe bagi 5.5 bintang kepada restaurant ini.
**Uishh.. Kira banyak lah tu, sebenarnya Cik Wannabe ni cerewet sikit soal makan-makan sedap**






Syok tengok Choo-choo train sushi dekat tepi meja ni.. rasa macam nak amik semua.. nasib baik nafsu Cik Wannabe behave sikit malam ini..
Mihihihi :D





Tadaaa... 
Makanan dah sampai.. Boleh dikatakan service disini tip-top, mahu nyer tak top.. Service charge dah kena RM5.97 sen!.. sebab itu lah makanan cepat sampai. Hihi
**Takpa, yang penting puas hati dengan layanan yang mereka beri**


Jom lihat menu yang kami order dan makan! yums.. :D


Menu and Price:


No 60: Beef Tariyaki





Sliced beef with teriyaki sauce
RM16.90

*Not bad, rasa dia sedap lah, boleh la makan.. tapi tak boleh beat restaurant sushi yang berada di Paradigm Mall.. Menu beef dia, perghhh.. sedap dan lembut**


No 34: Spicy Salmon Carpaccio





Salmon sashimi spicy sauce (6 pcs)
RM13.90

**Salmon slice ni superb!.. MUST TRY.. Sedapppp.. and rasa pedas-pedas sikit, kena sangat dengan tekak malayu.. hehehe.


No 31: Salmon Cheese Roll





Row Salmon wrapped with cheese in house special sauce..
RM13.90

**Maaf.. Cik Wannabe terlupa nak snap-snap pic menu ini.. excited sangat nak makan.. sampai terlupa.. Sorry ya!**




Salmon Sushi Roll
RM6.00

**Sushi salmon ni pun sedap.. Must try**




**Cik Wannabe tak ingat nama dia apa.. Sorryyyyyy :(**
RM4.00




Tuna Sushi
RM2.00


Sorry.. meja comot -,-"



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kenikmatan selesa, sedap, kenyang dll.. Syukur.. Thanks to Allah swt.. and thanks Mr Love! :*

Dan satu lagi! staf-staf di sana memang suka-suki refill air green tea sesuka hati depa.. bila nampak gelas kami tinggal suku or separuh, terus staf-staf tu refill air green tea.. haihh mabuk green tea la if uols makna disana nanti.. hehehe :D






Jangan risau.. harga di sini boleh dikatakan agak berpatutan juga.. ini bill untuk 2 orang makan.. Well, selamat mencuba pada sesiapa yang baru nak try makan disini.. 


Contact number:

Sunway Giza Mall
Block D,F01,Frist Floor
Tel: 03.6148.1844


Toddles sushi-kers.. mwah! ;*



WithLove,
CikWannabe

Tuesday, April 16

You had me at hello..

Assalamualaikum ladies and gentleman 


Siapa yang pernah menonton filem Jerry Maguire, pasti uol's familiar dengan title di atas tu..

Okay, refresh! scene last-last sikit. Apabila Jerry menyatakan dan meluahkan cintanya dalam ucapan yang panjang lebar kepada Dorothy tetapi Dorothy menjawab degan phrase yang simple! and that is

"You had me at hello"




Jerry Maguire: I love you. You... complete me. 

Dorothy: Shut up. Just shut up. You had me at "hello."

So romantik!!! Awww.. lovely!
**Mula-lah Cik Wannabe nak verangan! (berangan)**

Toddles!


WithLove,
CikWannabe

Food Review: Cargas Cafe di Bayan Lepas Penang...

Assalamualaikum ladies and gentleman

Tengah hari tadi Cik Wannabe dan family lunch di Restaurant Cargas Cafe, Bayan Lepas Penang..
Di sinilah kampung Abah Cik Wannabe..







Ini lah Restaurant Cargas Cafe.. ianya terletak bersebelahan tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas..

**Jangan risau.. jangan risau.. bukan betul-betul tepi kuboq (kubur) pung.. ada Sungai Bayan Lepas yang memisahkan tanah perkuburan dengan Restaurant ini**

Don't worry be happy and eat! lambat laun kita semua akan kesana jugak.. ye dak?







Tips: if uol's nak senang cari parking.. uol's parking-lah di tempat letak kereta di tanah perkuburan disana.. di situ banyak space parking..
lepas dah parking berjalan sikit merentasi Jalan Sungai Bayan Lepas.. Don't worry.. InsyaAllah tak bahaya.. Heee :D








Ini lah senarai menu dan harga.. Restaurant ini memang famous dengan makanan tengah hari yang sungguh enak-enak berlaka!!
Macam-macam ada.. Macam tag line Astro pulaks!.. 
Antara menu famousnya.. Gulai ikan, Asam pedas, Sambal sotong, Ayam goreng dan banyak lagi..







Kalau hangpa tengok lauk-pauk depa.. Perghhh!!! Meleleh ayaq teliuoqqqqq! (air terliur)

Ini baru separuh dari lauk-pauk depa.. ada banyakkkkk lagi tempat lauk yang Cik Wannabe tak sempat nak snap-snap gambaq.. disebabkan bau aroma rempah ratus yang membangkitkan selera dan nafsu makan yang membuak-buak ini.. terus mintak dekat abang yang handle bahagian nasi! Nasi separuh satu!!

**Amboi sakannn**







Lauk fave Cik Wannabe!!!

Gulai Ikan yang sedap gila-gilaa!!!
Rempah ratus yang mereka gunakan sangat fresh dan ori! plus daun karinya wangi.. bahan yang digunakan sangat berquality gituw..
Must Try!!! 

Pada depa yang tak tahu "Gulai" tu apa.. Kami orang utara panggil gulai.. dekat KayEll (KL) dipanggil Kari..





Taraaaaa!!!!!
Pinggan Cik Wannabe! 





Tengok.. Cik Wannabe tak tipu uol's!! Gulai ikan tu memang favorite Cik Wannabe!
Rasa-rasanya uol's boleh swim dak kat gulai tu?? 
Mihihihihihii...
:D :D ;D






Ayam goreng dia sedapppp!! and Cik Wannabe hantu bendi.. hihihi :D






Kampung Abah Cik Wannabe di Bayan Lepas.. Arwah Tok dan arwah Wan.. Pangkat moyang Cik Wannabe ni.. Dulu waktu baby sampai umur 11 - 10 tahun selalu balik raya disini.. tapi bila moyang Cik Wannabe telah kembali ke ramatullah.. Rumah dan tanah ini disewakan pada orang lain..





Comelkan rumah Moyang Cik Wannabe.. Sekarang di Bayan Lepas susah  nak cari rumah kampung macam ini kerana banyak rumah modern yang pesat membangun di sana.. 




Rindunya pada kampung halaman.. hmmm.. :(


Toddles Bayan Lepas!


WithLove,
CikWannabe

Monday, April 15

Food Review: Apam Lenggang Penang style!

Assalamualaikum ladies and gentleman

Today Cik Wannabe breakfast Apam lenggang versi Penang.. Sedap bak hang!
Lokasi gerai ini di  Jalan Gottlieb, 10450 Penang.. Sebaris dengan bangunan Hotel Waterfall..
Kedai dia Kopitiam cina biasa ja.. Tapi Aci tu sewa stall dekat depan kopitiam tu..





Satu keping Apam Lenggang 2 kupang.. RM0.20 Dua puluh sen..
Murahkan!




Salah satu bahan-bahan membuat Apam Lenggang ialah tepung, teloq (telur) dan lain-lain..

**Jangan tanya recipe.. Kalau Cik Wannabe tahu sah-sah Cik Wannabe dah bukak satu kedai Apam Lenggang di KL** Hehehe




Comei (comel) dak periuk dia.. Kecik ja kan.. hehehe





Proses memasak.. Nak tahu kenapa ia di panggil Apam Lenggang?
Sebab time memasak Apam ni.. Minachi tu meratakan acuan Apam tu dengan memusingkan kuali comel ini sambil berlenggang kangkung.. Mihihihihihi..






Apam Lenggang ada dua jenis.. Satu tanpa teloq.. satu lagi ada teloq..
Hangpa pilihlah mana selera hangpa na..
Ada teloq ka.. takda teloq ka.. Semua sedap.. ikut selera masing-masing..
:) :) :)





Nasi Lemak bungkuih daun pisang.. Sedappp!





Ini lah stall Aci tu.. Dia dengan husband yang berniaga pada waktu siang.. Tak sangka Aci tu kenai kami.. Wah.. Wahh.. dah lama tak mai pun dia masih kenai.. (kenal) Regular customer lah katakan.. Artis gituw!

**Perasantan**

Lepas habis makan.. Cik Wannabe borak-borak dengan husband Aci tu then Abah Cik Wannabe pun join.. Borak-borak kosong tentang Politik.. Yelaah.. hot topic kan politik sekarang ni.. nak dekat pilihan raya.. hihihihi.


Toddles!

WithLove,
CikWannabe

Food Review: Nasi Kandar Line Clear..

Assalamualaikum ladies and gentleman 

Hi.. hi.. Pasti semua orang dah tahu Cik Wannabe ada di mana sekarang.. Pastinya di Pulau Penang! Woot.. Woot!! Kalau ingat Penang pasti ingat Makanan.. Kalau ingat Makanan pasti ingat Penang!! Hehehehe..

Kalau hangpa mai Penang tapi tak pekena Nasik Kandaqqq.. Memang sah hangpa tak pernah merasa kenikmatan makanan di sisni.. As uol's know, Penang famous dengan kepelbagaian makanan dari pelbagai jenis kaum! Nak makan apa, habaq mai ja.. Semua ada disini.. Yang penting ada duit, semua boleh beli.. hihihihi.. Orang selalu kata Penang adalah "Syurga Makanan" bagi mereka yang memang 'KAKI MAKAN'.. Hurmmm.. Macam siapa? **Nak cakap Cik Wannabe lettuew! Nyampah..** -,-"





Untuk dinner malam ini, Cik Wannabe pekena Nasik Kandaq Line Clear di Penang Road.. 




Punya la famous restaurant depa ni, artis dan celebrities pun tak melepaskan peluang untuk menikmati Nasik Kandaq disini.. 

**Siap ada gallery uol's.. Kau ado?..**

Uols perasan tak gambaq Cik Wannabe pun ada terselit didalam gallery kat atas tu.. Ohh Artis sangat!

**Perasan sangat!! Please! yucks.. hehehe**




Tengok kat tag line depa sudah lah.. We serve with Original Spice...

Speaking uols!! Hangpa translate sendiri na.. hihihihi




Lihatlah udang-udang di Line Clear ini berenang-renang di dalam pool yang penuh dengan Kari marvelous!! 




Mari-mari kita pilih lauk-pauk yang ada.. Yayyy!!




Cik Wannabe order Nasi suku, Udang yang baru lepas swim tadi, Kuah campoq taruk ataih dan bendi..

**Yelaah.. kan dah malam, takan nak makan nasi penuh kan**
(Cover tengah diet)




Sedap bak hang! Mai pekena sekali pasti nak lagi! Pergh!




Restauran Line Clear..




Bill kami sekeluarga makan tadi.. Makan 5 pinggan tapi dapat discount dari Boss Line Clear.. dari RM83.00 lepas less RM80.00 sahaja..

**Artis lah kata kan.. Harus lah dapat discount.. HAHAHAHA **


Sedap bak hang!


Toddles nasik kandaq lover..


WithLove,
CikWannabe

Sunday, April 14

Iron Man 3: My Way

Assalamualaikum ladies and gentleman 


Iron Puff the greatest Super Hero!!





The Iron Puff is stronger than any other Super Hero in the world.. He can fly like a princess while defied a bad bad guy.. And now The Iron Puff and the Power Puff Girls get in together to fight over Mojo Jojo the evil creature on the planet!

Mojo Jojo: MUAHAHAHAHAHAHA.....
*Evil laugh* 

(HAHAHA yucks.. teruk-nya.. but whatever! I want that freaking free ticket-lah! )

Toddles Iron Puff!


WithLove,
CikWannabe

Food Review: Kopitiam famous in Alor Star..

Assalamualaikum ladies and gentleman


Siapa tak kenai tempat breakfast yang paling fofular (popular) di tengah-tengah Bandaraya Aloq Staq? (Alor Setar) Pasti semua dah tau kedai Kopitiam di Jalan Teluk Wan Jah..

Only in AloQ StaQ!




Apam Lenggang 5 keping RM2.00




**Sedapppp gilaaa.. Wajib try!!**




Cekodok pisang 14 bijik RM1.00
(Must try)




Cucoq Ikan Bilis 14 bijik RM1.00




Teh o' Nipis RM1.20


Jumlah breakfast CikWannabe di Aloq Staq: Total RM6.20
Eman ringgit dua kupang bak hang! 
Tak jumpa kat kolumpoq aihh..

Dah lah SEDAP! dan MURAH! yang penting PUAS HATI :)


Toddles!

WithLove,
CikWannabe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...