Assalamualaikum ladies & gentleman..
Salam uols.. phew! phew! phew!.. *aihh belum apa2 lagi dah mengeluh* hehe.. Dok aihh.. mengeluh bukan pasaipa pun.. kami la ni dok fening fening lalat lah.. Sekarang busy prepare persiapan ehem.. ehem..
Wedding iols laaaaaaaaaa!!!!! kikiki..
*excited lebih nohh* biasala.. sekali seumur hidup ja dapat rasa busy nak siapkan preparation wedding ni.. dah la takda pengalamankan, iols banyak mintak pendapat dari mama, aunty2 dan cousin2 yang dah berkahwin, alhamdulillah.. thank you noh.. lap u foreva! :* (cium)
Semua kena workout dengan budget yang telah diberikan dari sugar daddy dan toukey besaq.. (Pak cheq laa.. sapa lagi) jangan dok connar connar nohh..
Pening cheq aihh.. barang semua pelan mahai mahai laa ni.. kalau la kawin ni sesenang main kawin pondok2 mcm tecik2 (kecik) dolu, senang la hidup.. tiara atas kepala pun diperbuat dari daun dan ranting2 kayu.. baju pun ikot dann laa.. pakai laa skrit ala ala kembang sikit kan.. dah jd princess.. lepaih tu konon2 ada prince nak kawin dgn princess tu.. then happily ever after.. Wah wah syok!
Wake up!!!
tapi hidup tak semudah itu.. dah pelan besaq ni.. haihhhh.. macam2 kena pikiaq (fikir) Kak Bedah ouiii.. kita besa (biasa) dok tengok artis kawin gempak keluaq TV sini sana.. besa (biasa) la pelamin ada orang sponsor, kalau buat kat stadium sebesaq padang bola sepak.. sebesaq tu la depa nak buat pelamin depa.. baju pon soposor, makeup pun sponsor, door gift pon sponsor.. habis depa cuma keluar modal utk bercinta ja la kan.. rasa2 nak kawin.. terus buat PC (press conference).. BOOOM!!! bergolek-golek macam ayam golek sponsor2 dok tergedik-gedik nak sponsor kaan wedding depa.. tapi nak buat lagu mana, rezeki depa kot.. dengan cara macam tu itu lah para sponser sponser ni nak terkenal dimata dunia dan make profit.. pandai2 mau hidup maaa..
Memang la kita impikan perkahwinan yang vavavommm! meletops!! gempak!! bombastik!! kan kan kan??
Tapiiiii kita kena la berpijak pada bumi yang nyata.. apa tu, emm peribahasa dolu2 tu? "Ukur baju dibadan sendiri.." haaa! correct! *amboi skiping noh* hehek
Pada yang mampu buat kenduri setaraf artis atau anak orang kaya VIP, VVIP, VVVIP, VVVVVVVVVVVVVVVIP, *berapa banyak Very very daaa!* Datuk, Anak PM ka, Tan Sri, Raja, Kerabat di Raja dan seangkatan dengannya.. dipersilakan laa.. kompem size baju depa besaq! *ops! kami tak cakap depa gemok.. jangan connar connar noh* Dah depa mampu, biaq pi depa nak buat apa.. kan kan kan..
Satu lagi topic hangat! Hangpa hangpa semua yang bakal berkahwin dan nak adakan majlis nikah or sanding ni.. kompem (confirm) uols akan selalu fikir apa pendapat dan sangkaan orang kat wedding uols nantikan? Cik Wannabe kompemmm! korang akan dibelenggu masalah yang korang angap masalah negara ni kan.. Mesti korang akan anggap
"eh kalau pelamin ni, nnt org fikir aku takda taste.. apa orang kata nanti"
or
"takan nak pakai baju sewa, tak kurlasss la mak jemah kat majlis kawin nnt, artis2 n anak2 vvvvvip semua pakai baju dari designer terkemuka malaysia.. tapi mahal sangat satu baju berharga 8k keatas utk pereka fashion Hatatata Dol Dol tu,, mana mampu.. tapi kalau tak guna pereka fashion.. nanti apa orang kata.."
or
"Hantaran kalau setakat barang dari uptown lebih baik tak payah cik tunang oii!! Anje nak hantaran Anje dari butik2 mewah.. kalau Cik tunang beli barang dari kedai mahal2 dan ada brand.. mesti orang kata kata, untung bakal isteri dia.. dapat barangan mahal2 belaka.."
So lagi sekali! Orang yang kataaaaa lagi lah kan.. haih.. kalau dipikirkan, episod nak habiskan apa pendapat dan sangkaan orang terhadap hari bersejarah kita ni takkan ada penghujungnya.. betul kan kan?? jangan tipu!! tipu dosa.. hehe
Macam ni lah.. berpijak di bumi yang nyata sekali lagi ye bakal pengantin semua! (termasuk AKU!) Haha.. Kita ni takan dapat puaskan hati semua orang.. paling terok pun depa akan mengata dan mengumpat pasal majlis kawin kita tak sampai 30 minit ja.. tak percaya? tengok bawah tu....
Waktu majlis berlangsung:
**Kak Peah Propa: eh, pisss..pisss.. eh ko tengok tu..(sambil suap makanan dalam mulut dan bercakap) tak padan langsung pasangan penganti tu kan chot chet chot chet.. pelamin dia ish ish ish.. takda taste... %&#*@&#*@(@& bla bla..
Mak Jemah: Haah la Peah Propa.. Tak padan! Kau nak tahu tak Peah!.... &#*&@()*!&# bla bla.. baju pengantin tu macam beli kat uptown je bla bla bla**
Waktu tetamu si polan dan si polan drive or jalan kaki balik pulang ke rumah:
Din berambol: Nasi minyak dan lauk tadi tak sedap mana pun, macam nak basi je, air pun, ade ke bagi air sirap kosong je.. nenek aku masak lagi sodap! menyesal aku pegi wedding si Mamat tadi.. haiih..
Wak samdol: Aku tengok licin je pinggan kau td.. Siap tambah nasi 5 kali kan, tak pulak kau segan tadi.. engkau ni din.. orang dah bagi makan preeeee (free), bersyukur ajo loh..
Din berambol: -________-" hmmm.. syukur..
Depa semua yang soh-seh soh-seh ni bila balik rumah tukaq baju.. then Zzzzzzz... esok pagi2 terus cari breakfast dan cari bahan gossip terbaru sambil menonton Melodi pada setiap hari ahad di tv??? pandai2 uols la.. haha.. Seriously depa akan terus lupa pasal wedding kita.. HAHA.. Betoii cheq tak bohong..
So kesimpulan story morry membebel Cik Wannabe ni ialah.. kalau nak buat majlis perkahwinan tu biar berpada-pada, tak perlu nak buat wedding sehebat depa tu VVVIP "wedding of the year" "wedding of decade".. kita raikan perkawhwinan kita bersama family dan kawan2.. yang pentig perut depa kenyang dan dapat door gift (teloq satu biji cukup dah).. tu ja yang depa kesah pun.. toksah (tak usah) laa nak fening2 lalat sangat nak fikir perasaan orang terhadap wedding kita nanti.. yang penting.. Kita dan bakal pasangan kita selesa dan happy together and forever.. Orang Penang kata "Lantak pi la depa nak kata apa"
Apa yang penting! jangan membebankan diri kita dan pasangan husband/wife kita nanti.. Jangan berhutang noh semata-mata nak kawhin ni.. Not worth it!! happy untuk 2-3 hari ja.. tapi merana nak bayaq balik loan kat bank bertingkek-tingkek jang! makan tahun.. entah-entah masuk anak ke 5 pun hutang kawin belum habis bayar.. hahaha.. jangan sampai macam tu noh..
Okay lah.. Cik Wannabe tak larat nak membebel lagi..
Ini lah gambar pertunangan Cik Wannabe.. Alolo cium bunga.. ingat hang kiut sangat! lepuk satgi baru tau! hahaha..
Akhir kata.. Ukur Baju Di Badan Sendiri.. Tok sah mintak taylor untuk outer baju tu bagi besaq.. sat lagi jenuh nak kecik kan balik.. makan tahun uols!! Islam pun kata
"Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin & paling murah belanja"
Selamat beramal!
hehe
Rasulullah bersabda, bermaksud:
"Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."
Selamat Pengantin Baru ya uols! Semoga bahtera yang bakal dibena akan belayar dan menuju ke jannah! InshaAllah.. Amin.
BYE!
Cik Wannabe,
WithLove