Wednesday, April 24

Food Review: Ichiban Boshi @ Sunway Giza.. (Sushi'ng date)

Assalamualaikum ladies and gentleman



Dinner untuk malam ini Cik Wannabe and Mr Love having our early dinner @ Restaurant Ichiban Boshi di Sunway Giza Mall.. Restaurant ini mempunyai empat cawangan, Pertama di Sunway Giza, kedua di Pavilion Shopping Mall, ketiga di Solaris Dutamas dan yang terakhir sekali di Setia City Mall.

Well, ini pertama kali Cik Wannabe try makan di sini.. So far makanan di sini boleh dikatakan sedap jugaklah.. dari 10 bintang.. Cik Wannabe bagi 5.5 bintang kepada restaurant ini.
**Uishh.. Kira banyak lah tu, sebenarnya Cik Wannabe ni cerewet sikit soal makan-makan sedap**






Syok tengok Choo-choo train sushi dekat tepi meja ni.. rasa macam nak amik semua.. nasib baik nafsu Cik Wannabe behave sikit malam ini..
Mihihihi :D





Tadaaa... 
Makanan dah sampai.. Boleh dikatakan service disini tip-top, mahu nyer tak top.. Service charge dah kena RM5.97 sen!.. sebab itu lah makanan cepat sampai. Hihi
**Takpa, yang penting puas hati dengan layanan yang mereka beri**


Jom lihat menu yang kami order dan makan! yums.. :D


Menu and Price:


No 60: Beef Tariyaki





Sliced beef with teriyaki sauce
RM16.90

*Not bad, rasa dia sedap lah, boleh la makan.. tapi tak boleh beat restaurant sushi yang berada di Paradigm Mall.. Menu beef dia, perghhh.. sedap dan lembut**


No 34: Spicy Salmon Carpaccio





Salmon sashimi spicy sauce (6 pcs)
RM13.90

**Salmon slice ni superb!.. MUST TRY.. Sedapppp.. and rasa pedas-pedas sikit, kena sangat dengan tekak malayu.. hehehe.


No 31: Salmon Cheese Roll





Row Salmon wrapped with cheese in house special sauce..
RM13.90

**Maaf.. Cik Wannabe terlupa nak snap-snap pic menu ini.. excited sangat nak makan.. sampai terlupa.. Sorry ya!**




Salmon Sushi Roll
RM6.00

**Sushi salmon ni pun sedap.. Must try**




**Cik Wannabe tak ingat nama dia apa.. Sorryyyyyy :(**
RM4.00




Tuna Sushi
RM2.00


Sorry.. meja comot -,-"



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kenikmatan selesa, sedap, kenyang dll.. Syukur.. Thanks to Allah swt.. and thanks Mr Love! :*

Dan satu lagi! staf-staf di sana memang suka-suki refill air green tea sesuka hati depa.. bila nampak gelas kami tinggal suku or separuh, terus staf-staf tu refill air green tea.. haihh mabuk green tea la if uols makna disana nanti.. hehehe :D






Jangan risau.. harga di sini boleh dikatakan agak berpatutan juga.. ini bill untuk 2 orang makan.. Well, selamat mencuba pada sesiapa yang baru nak try makan disini.. 


Contact number:

Sunway Giza Mall
Block D,F01,Frist Floor
Tel: 03.6148.1844


Toddles sushi-kers.. mwah! ;*



WithLove,
CikWannabe

Tuesday, April 16

You had me at hello..

Assalamualaikum ladies and gentleman 


Siapa yang pernah menonton filem Jerry Maguire, pasti uol's familiar dengan title di atas tu..

Okay, refresh! scene last-last sikit. Apabila Jerry menyatakan dan meluahkan cintanya dalam ucapan yang panjang lebar kepada Dorothy tetapi Dorothy menjawab degan phrase yang simple! and that is

"You had me at hello"




Jerry Maguire: I love you. You... complete me. 

Dorothy: Shut up. Just shut up. You had me at "hello."

So romantik!!! Awww.. lovely!
**Mula-lah Cik Wannabe nak verangan! (berangan)**

Toddles!


WithLove,
CikWannabe

Food Review: Cargas Cafe di Bayan Lepas Penang...

Assalamualaikum ladies and gentleman

Tengah hari tadi Cik Wannabe dan family lunch di Restaurant Cargas Cafe, Bayan Lepas Penang..
Di sinilah kampung Abah Cik Wannabe..







Ini lah Restaurant Cargas Cafe.. ianya terletak bersebelahan tanah Perkuburan Islam Bayan Lepas..

**Jangan risau.. jangan risau.. bukan betul-betul tepi kuboq (kubur) pung.. ada Sungai Bayan Lepas yang memisahkan tanah perkuburan dengan Restaurant ini**

Don't worry be happy and eat! lambat laun kita semua akan kesana jugak.. ye dak?







Tips: if uol's nak senang cari parking.. uol's parking-lah di tempat letak kereta di tanah perkuburan disana.. di situ banyak space parking..
lepas dah parking berjalan sikit merentasi Jalan Sungai Bayan Lepas.. Don't worry.. InsyaAllah tak bahaya.. Heee :D








Ini lah senarai menu dan harga.. Restaurant ini memang famous dengan makanan tengah hari yang sungguh enak-enak berlaka!!
Macam-macam ada.. Macam tag line Astro pulaks!.. 
Antara menu famousnya.. Gulai ikan, Asam pedas, Sambal sotong, Ayam goreng dan banyak lagi..







Kalau hangpa tengok lauk-pauk depa.. Perghhh!!! Meleleh ayaq teliuoqqqqq! (air terliur)

Ini baru separuh dari lauk-pauk depa.. ada banyakkkkk lagi tempat lauk yang Cik Wannabe tak sempat nak snap-snap gambaq.. disebabkan bau aroma rempah ratus yang membangkitkan selera dan nafsu makan yang membuak-buak ini.. terus mintak dekat abang yang handle bahagian nasi! Nasi separuh satu!!

**Amboi sakannn**







Lauk fave Cik Wannabe!!!

Gulai Ikan yang sedap gila-gilaa!!!
Rempah ratus yang mereka gunakan sangat fresh dan ori! plus daun karinya wangi.. bahan yang digunakan sangat berquality gituw..
Must Try!!! 

Pada depa yang tak tahu "Gulai" tu apa.. Kami orang utara panggil gulai.. dekat KayEll (KL) dipanggil Kari..





Taraaaaa!!!!!
Pinggan Cik Wannabe! 





Tengok.. Cik Wannabe tak tipu uol's!! Gulai ikan tu memang favorite Cik Wannabe!
Rasa-rasanya uol's boleh swim dak kat gulai tu?? 
Mihihihihihii...
:D :D ;D






Ayam goreng dia sedapppp!! and Cik Wannabe hantu bendi.. hihihi :D






Kampung Abah Cik Wannabe di Bayan Lepas.. Arwah Tok dan arwah Wan.. Pangkat moyang Cik Wannabe ni.. Dulu waktu baby sampai umur 11 - 10 tahun selalu balik raya disini.. tapi bila moyang Cik Wannabe telah kembali ke ramatullah.. Rumah dan tanah ini disewakan pada orang lain..





Comelkan rumah Moyang Cik Wannabe.. Sekarang di Bayan Lepas susah  nak cari rumah kampung macam ini kerana banyak rumah modern yang pesat membangun di sana.. 




Rindunya pada kampung halaman.. hmmm.. :(


Toddles Bayan Lepas!


WithLove,
CikWannabe

Monday, April 15

Food Review: Apam Lenggang Penang style!

Assalamualaikum ladies and gentleman

Today Cik Wannabe breakfast Apam lenggang versi Penang.. Sedap bak hang!
Lokasi gerai ini di  Jalan Gottlieb, 10450 Penang.. Sebaris dengan bangunan Hotel Waterfall..
Kedai dia Kopitiam cina biasa ja.. Tapi Aci tu sewa stall dekat depan kopitiam tu..





Satu keping Apam Lenggang 2 kupang.. RM0.20 Dua puluh sen..
Murahkan!




Salah satu bahan-bahan membuat Apam Lenggang ialah tepung, teloq (telur) dan lain-lain..

**Jangan tanya recipe.. Kalau Cik Wannabe tahu sah-sah Cik Wannabe dah bukak satu kedai Apam Lenggang di KL** Hehehe




Comei (comel) dak periuk dia.. Kecik ja kan.. hehehe





Proses memasak.. Nak tahu kenapa ia di panggil Apam Lenggang?
Sebab time memasak Apam ni.. Minachi tu meratakan acuan Apam tu dengan memusingkan kuali comel ini sambil berlenggang kangkung.. Mihihihihihi..






Apam Lenggang ada dua jenis.. Satu tanpa teloq.. satu lagi ada teloq..
Hangpa pilihlah mana selera hangpa na..
Ada teloq ka.. takda teloq ka.. Semua sedap.. ikut selera masing-masing..
:) :) :)





Nasi Lemak bungkuih daun pisang.. Sedappp!





Ini lah stall Aci tu.. Dia dengan husband yang berniaga pada waktu siang.. Tak sangka Aci tu kenai kami.. Wah.. Wahh.. dah lama tak mai pun dia masih kenai.. (kenal) Regular customer lah katakan.. Artis gituw!

**Perasantan**

Lepas habis makan.. Cik Wannabe borak-borak dengan husband Aci tu then Abah Cik Wannabe pun join.. Borak-borak kosong tentang Politik.. Yelaah.. hot topic kan politik sekarang ni.. nak dekat pilihan raya.. hihihihi.


Toddles!

WithLove,
CikWannabe

Food Review: Nasi Kandar Line Clear..

Assalamualaikum ladies and gentleman 

Hi.. hi.. Pasti semua orang dah tahu Cik Wannabe ada di mana sekarang.. Pastinya di Pulau Penang! Woot.. Woot!! Kalau ingat Penang pasti ingat Makanan.. Kalau ingat Makanan pasti ingat Penang!! Hehehehe..

Kalau hangpa mai Penang tapi tak pekena Nasik Kandaqqq.. Memang sah hangpa tak pernah merasa kenikmatan makanan di sisni.. As uol's know, Penang famous dengan kepelbagaian makanan dari pelbagai jenis kaum! Nak makan apa, habaq mai ja.. Semua ada disini.. Yang penting ada duit, semua boleh beli.. hihihihi.. Orang selalu kata Penang adalah "Syurga Makanan" bagi mereka yang memang 'KAKI MAKAN'.. Hurmmm.. Macam siapa? **Nak cakap Cik Wannabe lettuew! Nyampah..** -,-"





Untuk dinner malam ini, Cik Wannabe pekena Nasik Kandaq Line Clear di Penang Road.. 




Punya la famous restaurant depa ni, artis dan celebrities pun tak melepaskan peluang untuk menikmati Nasik Kandaq disini.. 

**Siap ada gallery uol's.. Kau ado?..**

Uols perasan tak gambaq Cik Wannabe pun ada terselit didalam gallery kat atas tu.. Ohh Artis sangat!

**Perasan sangat!! Please! yucks.. hehehe**




Tengok kat tag line depa sudah lah.. We serve with Original Spice...

Speaking uols!! Hangpa translate sendiri na.. hihihihi




Lihatlah udang-udang di Line Clear ini berenang-renang di dalam pool yang penuh dengan Kari marvelous!! 




Mari-mari kita pilih lauk-pauk yang ada.. Yayyy!!




Cik Wannabe order Nasi suku, Udang yang baru lepas swim tadi, Kuah campoq taruk ataih dan bendi..

**Yelaah.. kan dah malam, takan nak makan nasi penuh kan**
(Cover tengah diet)




Sedap bak hang! Mai pekena sekali pasti nak lagi! Pergh!




Restauran Line Clear..




Bill kami sekeluarga makan tadi.. Makan 5 pinggan tapi dapat discount dari Boss Line Clear.. dari RM83.00 lepas less RM80.00 sahaja..

**Artis lah kata kan.. Harus lah dapat discount.. HAHAHAHA **


Sedap bak hang!


Toddles nasik kandaq lover..


WithLove,
CikWannabe

Sunday, April 14

Iron Man 3: My Way

Assalamualaikum ladies and gentleman 


Iron Puff the greatest Super Hero!!





The Iron Puff is stronger than any other Super Hero in the world.. He can fly like a princess while defied a bad bad guy.. And now The Iron Puff and the Power Puff Girls get in together to fight over Mojo Jojo the evil creature on the planet!

Mojo Jojo: MUAHAHAHAHAHAHA.....
*Evil laugh* 

(HAHAHA yucks.. teruk-nya.. but whatever! I want that freaking free ticket-lah! )

Toddles Iron Puff!


WithLove,
CikWannabe

Food Review: Kopitiam famous in Alor Star..

Assalamualaikum ladies and gentleman


Siapa tak kenai tempat breakfast yang paling fofular (popular) di tengah-tengah Bandaraya Aloq Staq? (Alor Setar) Pasti semua dah tau kedai Kopitiam di Jalan Teluk Wan Jah..

Only in AloQ StaQ!




Apam Lenggang 5 keping RM2.00




**Sedapppp gilaaa.. Wajib try!!**




Cekodok pisang 14 bijik RM1.00
(Must try)




Cucoq Ikan Bilis 14 bijik RM1.00




Teh o' Nipis RM1.20


Jumlah breakfast CikWannabe di Aloq Staq: Total RM6.20
Eman ringgit dua kupang bak hang! 
Tak jumpa kat kolumpoq aihh..

Dah lah SEDAP! dan MURAH! yang penting PUAS HATI :)


Toddles!

WithLove,
CikWannabe

Food Review: Yik Mun Tg Malim Pau

Assalamualaikum ladies and gentleman



Hi.. hi.. Siapa tak kenal Restauran Yik Mun Tg Malim? Pasti semua sedia tahu menu yang paling fofular (Popular) disana adalah roti Pau nya.. Macam-macam jenis Pau ada, Kari Ayam, Kari Daging, Kacang dan Kaya.




Harga / Price untuk roti Pau setiap satu:

Kari Ayam / Curry Chicken: RM2.00
Kari Daging / Curry Beef: RM2.00
Kacang / Red Bean: RM1.70
Kaya / Coconut: RM1.70




Menu dan Harga di Restauran Yik Mun..

**Harga di restaurant ini sangat berpatutan**
















Yong Tau Foo Soup Campur.. 




*Fave Cik Wannabe and family**




**Maaf meja comot.. Almaklum laa.. Lapaq cheq oii**





Nasi Goreng Haainan / Hainan Fried Rice 

RM7.50




Selalunya bila Cik Wannabe dan family balik kampung di aloq staq (Alor Star) kebiasaannya Abah Cik  Wannabe akan menggunakan jalan lama.. Ikut jalan Rawang untuk sampai ke Tg Malim dan singgah makan di sana.. selepas makan baru keluaq (keluar) ke highway Plus Utara balik.




Kepingan surat khabar yang menghiasi dinding-dinding restauran ini..








**Restauran Yik Mun dari seberang jalan**




Toddles Pau lovers


WithLove,
CikWannabe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...